Visi Dan Misi


VISI

Menjadi pusat perkhidmatan perubatan yang cemerlang ke arah peningkatan mutu kehidupan

MISI

Misi Hospital Sarikei ialah memastikan semua aspek penyediaan perkhidmatan perubatan mematuhi piawaian berikut:

Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada setiap individu melalui amalan menghormati martabat insan dalam persekitaran yang mesra pelanggan

 Mengutamakan profesionalisme dan inovasi dalam setiap aspek perkhidmatan perubatan

 Melaksanakan tadbir urus yang cekap sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perubatan

Menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah mutu perkhidmatan

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Menyediakan kemudahan dan peluang latihan pendidikan berterusan kepada pelbagai kategori anggota perubatan dan kesihatan.

 Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota perubatan, pelanggan dan masyarakat melalui pelaksanaan program-program promosi kesihatan.

 Memenuhi dan mematuhi Akreditasi Hospital, Kementerian Kementerian Kesihatan.

 Mewujudkan tenaga kerja yang menghayati Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Berupaya menangani sebarang situasi seperti wabak penyakit dan pandemik.

MOTO

Perkhidmatan Berkualiti Lahir Dari Insan Berkualiti